Saturday 9 March 2013

BAYANG- Nami Cob Nobbler


Aku tak pandai bermadah atau berseni dalam kata-kata. Senang awal2 aku cakap citer ni best giler.  Citer bayang ni macam ni ceritanya. Ada sorang watak utama ni nama dia Faris. Dia ni hidup susah, keluarga dia merempat lepas tak bley bayar rumah sewa waktu ayah dia accident. Ayah dia accident, so tak ley kerja, so kena halau la Faris ngan mak dia. Dorang pun pergi umah pak cik Faris, pak cik Faris ni perangai cam ape biadap nak mampus. Pendek kata, saudara-mara dorang sendiri tak suka ngan keluarga Faris. Semuanya faktor perkauman, ayah faris kahwin dengan cina, sedangkan nenek belah ayah dah segala keturunan dia tu tak suka cina, then dorang cam pulaukan la keluarga ni. Kolo jumpa pun tengking2.
Kolo tengok kebiadapan dorang rasa cam nak tampar muka buku lali.
Selain dari tu, ayah Faris sendiri memang jenis panas baran, keras kepala, dengan Faris yang kecik tu pun nak tengking2. Faris yang baru darjah satu tu memang budak yang pandai, macam2 dah dia tahu. Cuma ayah dia sendiri tak acknowledge kepandaian anak dia.
Ayah dia satu hari decide untuk hantar Faris duduk tinggal umah Pak Cik Azman, Pak Cik Faris yang biadap tu. Faris pun kena dera kat umah tu. Anak kembar Pak Cik Faris tu pun selalu membuli Faris.

Kehidupan Faris masa kecik memang extremely kena buli kena dera. So akibat keadaan yang ekstrem ni, Faris develop lagi satu personaliti. Maksudnya Faris terkena penyakit multiple personalities. Personaliti dia lagi satu ialah dia menjadi pemerintah berkuasa mutlak kat satu tempat. Aku pun tak berapa paham kenapa personaliti dia ni over sangat. Yang aku paham dia salu kena buli, so personaliti lawannya ialah susah kena buli.

Tapi akibat jalan citer yang unik ni, yang tak sama macam "bawang putih bawang merah", kita tak boleh agak apa kisah seterusnya, ni yang menarik gila. Membuat kan diri kita tertarik nak baca. Pastu dalam novel ni jugak ada guna banyak kata nama yang jarang digunakan, sekali kita baca, kita dapat agak penulis ni sebenarnya mempunyai pengetahuan yang luas.

Ada perumpamaan yang best dalam citer ni ialah pasal bulan. Bulan ada sisi cerah, sisi sebelah sana? Mestilah bayang bulan tu. So dia tekankan ada dua sides la. Two sides of a moon, yang kita salu dengar two sides of a coin je kan kan kan? Itulah BAYANG tajuk buku ni. Faris ni ada side dia yg pelik. Tapi pelik tu tak dela sampai tahap aku nak tampar Faris ni. Side pelik dia menarik.

Akhir citer ni Pak Azman dia yang over tu, dia kena bunuh oleh Faris, samala anak kembar pak cik tu kena BUNOH ngan Faris. HAHAHAHA! MAMPOS! Lepas mampos, baru Faris sedar, itu semua satu igauan je yang dicipta oleh personaliti dia yang lagi satu tu. Pak cik dia ngan kembar dua orang tu masih hidup. hehehe Abes kan boreh kan citer kolo akhir2 kata tu igauan je? Start dari dia sedar ada multiple personaliti sampai akhir, tu semua igauan. So kolo korang tak nak jadi mcam Faris ni, sila jangan nak berangan bnyk2. Tak best pun berangan.

Aku suggestkan korang bace buku ni, seronok, masa aku baca siap lompat2 atas katil terlalu seronok. Tak cukup lompat, hantuk kepala kat dinding. Sekian terima kasih kerana sudi membaca.review aku yang tak seberapa ni. =D

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers