Monday 11 March 2013

GANGGUAN


Buku ini menghimpunkan pelbagai kisah mistik dan aneh yang dialami oleh lapisan masyarakat dimuka bumi ini. Antara kisah yang terdapat dalam buku ini adalah: 

1) Pasangan Tukang Urut - Tok Rimau
2) Pagar - Fikri Kacak
3) Bukan Dia Yang Mati - Kusyi Hirdan
4) 9 Nyawa - Aimi Anis
5) Langsuir Lorong Wak Zam - Ayob Kelubi
6) Cermin Antik - Rahimin Idris
7) Dendam Semalam - Mona Yanty
8) Anak Cucu Tok Sirat - Syuqri Mustaqim
9) Baju Putih Pengapit - Ay Yusof
10) Hantu Asrama - Kumprinx

Kisah mistik yang disampaikan berunsur dan berkait rapat dengan kehidupan manusia yang mempercayai kewujudan alam ghaib. Penulis menulis cerita mereka mengikut pengalaman sendiri atau cerita orang sekeliling atau hanya rekaan semata. Buku ini menceritakan tentang hantu, bomoh, seram, bunian dan sebagainya.  Kisah seram yang disampaikan cuba dikaitkan dengan semua lapisan masyarakat. Pengunaan penulisan dan penerangan lebih senang difahami, ayat yang digunakan mudah untuk pembaca dapat apa yang ingin disampaikan. 

Buku ini telah saya dapati semasa saya mengikuti festival buku indie 'POPFEST' di Kuala Lumpur November 2012. Pertama kali saya melihat luaran buku ini saya dapat merasakan cerita yang ingin disampaikan adalah cerita cerita seram dan buku ini berjaya menarik minat untuk saya terus membaca selanjutnya. 

BY: NURUL FATHIAH ABDULLAH SANI

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers