Monday 11 March 2013

MANUSIA DAN KEBENARAN..



Tajuk buku : Manusia dan kebenaran
Penulis: Prof Dr Yusuf Al Qardhawi
Penterjemah: UstazMohd Fairooz Mohd Fathillah & Ustaz Rosli mokhtar
Terbitan : IKRAM
HARGA: RM12.00


"..maka tidak ada sebuah kebenaran itu melainkan kesesatan" ( Yunus: 32)

       Al haq beerti kebenaran ,berlawanan dengan  kebatilan (kesesatan).Manusia yang berada dalam kesesatan sering menyangka mereka berada dalam kebenaran.Sebahagian dari mereka pula sentiasa berdegil dengan kesesatan tersebut. Kebatilan itu muncul bila kebenaran itu di lalaikan tetapi ingatlah bahawa kemunculan itu tidak lama dan tidak berpanjangan. Penyelewengan atau keburukannya pasti akan terserlah.

" Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap.Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap" 
( Al-Israa':8)

Ulasan

   ‘’Buku manusia  dan kebenaran “ seolah-olah memberi pencerahan agung    terhadap diri saya
,banyak persoalan yang selama ini tidak terjawab akhirnya terjawab melalui pembacaan saya melalui buku ini. Inilah sebenarnya ingin diperjelaskan dalam buku manusia dan kebenaran ini dimana ramai manusia yang mencari kebenaran  tetapi tidak menemuinya.Fitrah seorang manusia inginkan kebaikan tetapi tidak semua orang  mendapat petunjuk itu .Kerana Allah sayangkan seseorang hamba itulah maka Dia memberikan hidayahNya.Buku ini banyak mendedahkan tentang  kebenaran yang sebenarnya semuanya berasaskan Al quran dan hadis.
      
      Keistimewaan buku ini adalah ayat dan bahasa yang digunakan sangat mudah difahami oleh para pembaca.Ayat yang tidak terlalu panjang lebar dan bahasanya juga mudah untuk difahami dan bersahaja.Dalam buku ini juga banyak menggunakan ayat berbentuk dialog pertanyaan dan  jawapan antara guru dan murid.Sangat menarik  apabila pertanyaan tersebut  semuanya persoalan yang ingin pembaca ketahui.Dan terjawablah segala persoalan tentang apa yang pembaca inginkan.

     Buku ini tidaklah terlalu tebal( hanya 149 muka surat) tetapi isinya mampu memberikan kesan yang sangat mendalam pada hati saya yang membaca.Bila dilihat tajuknya sudah membuat saya tertarik hati untuk membaca ,di tambah pula dengan nama penulisnya yang sangat hebat iaitu yusof qardawi. Karya-karya penulisan yusof Qardawi memang berkualiti dan bermutu tinggi.Penerbitan buku beliau dalam bahasa melayu mampu memberi impak yang positif terhadap pembaca yang ingin mendalami agama islam dan mencari hakikat kebenaran. Saya tidak dapat mengambarkan betapa halusnya jiwa penulis dengan islam.Mungkin tidak semua orang dapat menggambarkan apa yang beliau rasakan ketika menulis buku ini. Sebagai salah seorang pembaca buku ini saya merasa amat terkesan apabila membaca isi-isi dalam buku ini.Banyak benda yang sebenarnya tidak kita ketahui  tentang islam,mungkin kerana sejak kecil kita telah didoktrin dengan pemikiran barat sehingga kita tidak merasai islam yang ada dalam diri kita.Betapa jauhnya diri kita dengan islam sehingga sukarnya untuk kita membezakan antara kebatilan dan kebenaran?kita dan islam?

     Secara keseluruhan ,buku ini sangat memberi  impak yang besar kepada pembaca,ia bukan saja membantu kita mendalami islam tetapi juga memberi gambaran sebenar tentang agama islam itu.Hanya islam agama yang benar,agama yang berdasarkan wahyu dan berlandaskan al-quran dan sunnah.Sebagai pembaca saya sangat berharap supaya  kita sama-sama belajar untuk mendalami agam islam dan mencari kebenaran itu ,kerana hanya dengan kesungguhan itulah Allah akan memberikan petunjukNya  kepada kita.


By: Maiyashah Bt Zainal Abidin

4 comments:

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers