Tajuk : Sesuci Kasih
Bonda
Penulis : Ilani Mysara
Terbitan : Alaf21
Jenis : Cinta,
keIslaman, Susur Galur Sejarah, Mistik
M/S : 298 m/s
Terbitan : 2010
Inilah merupakan kali pertama bagi saya untuk membaca novel
yang ditulis oleh Ilani Mysara. Pada permulanya, saya memang tidak berminat
untuk membaca bentuk cerita sedemikian. Namun, saya terus menumpukan minat
sehingga menghabiskan membacakannya . Oleh sebab comment yang dituliskan oleh
peminat bacaan novel sangat baik dan harapan tinggi terhadap buku ini, perhatian
saya terhadap novel ini semakin bertambah.
Apakah sebab-sebab yang menyebabkan saya tidak berminat
untuk bacakannya pada permulanya? Saya teragak-agak untuk membaca novel ini
kerana saya tidak tertarik dengan tajuknya iaitu Sesuci Kasih Bonda. Maklumlah,
saya tidak suka bahan bacaan novel yang mengisahkan pasal masalah rumah tangga,
godaan dan sebagainya. Laginya, kandungan kisah yang sedih memang tidak akan
menjadi pilihan utama saya. Namun begitu, saya berasa novel sedemikian tak begitu
teruk dengan apa yang saya fikirkan. Inilah keistemewaan novel ini.
Sinopsis
MASTIKA diduga oleh ALLAH dengan
kematian suaminya, Sham. Dia menjadi ibu tunggal kepada empat anak yatim piatu
yang dijadikan anak angkatnya. Dugaan yang dihadapi selepas kematian suami
benar-benar mencabar keimanannya sebagai seorang Muslimah.
Malah, mimpi yang dialami sejak
gadis iaitu mengenai tiga lelaki dalam hidupnya muncul kembali. Kemunculan
Iskandar, mirip dengan salah seorang dalam mimpinya membuatkan Mastika dalam
dilema.
Melalui Iskandar, Mastika menemui
semula salasilah keluarganya yang sudah lama terpisah. Namun, dia perlu
membayar nilai pertemuan ini dengan sesuatu yang tidak diduga.
Ulasan dan komen saya
Jalan cerita permulaannya sangat menarik hati. Cerita novel ini melibatkan
masa dari zaman moden.. masuk ke zaman silam, zaman kesultanan Melayu, zaman
pemerintahan British dan Belanda. Cara watak pertama iatu Ilani Mysara mengolah
cerita sangat asyik sekali. Kisah cinta, pengorbanan dan kesakitan akibat cinta
yang dihadapi oleh Ilani Mysara disusun dengan indah sekali.
Cerita yang bermula dari perasaan cinta, amanah. dendam, amarah dan
menjaga susur galur kesucian keturunan dulu-dulu. Melalui novel ini, saya
memahami dan menegaskan bahawa orang-orang dulu sangat mementingkan kedudukan
dan martabat dan perlu dijaga hingga berkurun-kurun lamanya. Contohnya
pembawaan nama seperti Megat, Syed dan Syarifah yang boleh kita dapat lihat
daripada rakan-rakan Melayu sekeiling kita. Selain itu, terdapat banyak cerita
Alam Mistik dalam novel ni. Cerita ini mengandungi sifat cinta yang tidak
kesampaian. Tidak ketinggalan pula , penyempurnaan kisah cinta, kekesalan dan
perihal islamik yang kita sanjungi.
Yang penting , novel ini mengisahkah, Mastika (Mas) yang baru kematian
suami tercinta, memiliki empat orang anak angkat, telah menjadi galang ganti kepada satu
perjanjian dengan iblis oleh nenek beliau. Jadi, bermulalah perjalanan hidup
Mas yang penuh racun dan duri untuk menyempurnakan amanat nenek beliau untuk
berkahwin dengan sepupu beliau iaitu Iskandar tanpa rela. Di sini, saya nampak
Ilani Mysara berbakat besar dalam flashback zaman dulu-dulu, dan pengolahan cerita
mistik beliau tapi bila dia masuk semula ke 'zaman sekarang' Ilani Mysara macam
'hilang punca'. Saya terbuai dengan kisah flashback beliau pada zaman kolonial
dimana Maharani menjalani kehidupan sengsara dan kembali ke tanah air setelah
beliau lari ke Indonesia untuk menjejaki keturunan beliau. Bahagian ini memang marveles bagi saya. Di sini, saya
juga dapat menyelami keadaan rumah nenek beliau dan keadaan bilik dimana
Mastika telah pengsan selama 3 hari. Kisah keadaan yang begitu sebenar
menyebabkan saya seperti berada di bilik pada masa itu.
Bagi bahagian penghabisan cerita , Ilani macam berada dalam keadaan yang
keliru. Tambahan pula, saya tak berpuas hati dengan 'hati' Mas yang katanya
'sentuhan dan perasaan' beliau pada arwah suami beliau telah pergi bersama
arwah suaminya (ini terjadi abila beliau dipaksa berkahwin dengan Iskandar),
tetapi apabila dis berjumpa dengan seorang ustaz bernama Haidir, hatinya kembali
berbunga. Jadi, saya merasa kesuciannya amat dicurigai.
Kesimpulannya, pengakhiran cerita ni agak terlalu pantas bagi saya. Saya ingin
menegaskan lagi bahawa novel ini amat baik dan saya tidak menyesal
manbacakannya.
No comments:
Post a Comment