Tajuk : Puncak
Kasih Kita
Penulis : Intan Arnida
Terbitan :
Alaf 21, 2009
Muka surat :
370 m/s
Saya telah
membaca buku tulisan penulis Intan Arnida iaitu Puncak Kasih Kita. Novel tersebut
merupakan novel cinta, thriller dan juga misteri.
Setelah
membaca buku ini, saya berasa Intan Arnida barjaya membuatkan hati saya yang
ingin terus membaca dan membaca kesudahan cerita ini. Beliau pandai menarik
pembaca terus membaca dengan misteri yang ada.
Ceritanya lebih kurang ini:
Komen saya:
Buku yang telah say abaca adalah sebuah buku yang penuh
dengan ucapan “Err…err”. Oleh itu, saya berasa penulis boleh mengurangkan
penggunaan perkataan “err…err”.
walaubagaimanapun, saya suka dengan thriller cerita ini.
Tetapi semasa saya membaca buku ini, saya hanya dapat berasai bahawa saya
sedang menonton sebuah drama di TV melihat cerita-cerita melayu yang lebih
kurang macam dalam buku ini, dan bukan hanya sebagai membaca novel.
Kulit belakang buku ini adalah lebih kepada cerita Hero dan
Heroinnya iaitu Syed Firqan Alam dan Lina Az-Zahra (Linette). Dua teruna dan
dara dari Universiti di Sabah, terlanjur melakukan hubungan sex kemudiaan. Hero
merasa bersalah dan ingin memperisterikan Lina sebagai membalas atau menebus
rasa tanggungjawab terhadap apa yang sudah berlaku kala keduanya kegersangan.
Tetapi sebenarnya, novel ini banyak menyimpang jauh pula.
Tidak menumpukan kepada watak dan penceritaan Hero dan Heroinnya. Sebaliknya
lebih kepada watak sampingan iaitu Syarifah Ernida dan Syed Bakhary. Saya lebih
rasa terkesan dengan watak Syarifah Ernida yang kekurangan kasih saying dan itu adalah lebih daripada watak Lina yang
tidak berkembang dengan baik.
Tidak dapat dinafikan, saya sangat suka dengan perasaan
cemas ketika membaca novel ini, tetapi akibat terlalu banyak misteri yang
menyebabkan tidak terungkai, ini membuat saya berasa pelik. Pada akhir cerita
ini adalah mengisahkan orang yang selama ini merogol Lina adalah seorang yang
rapat dan dikenali dan hanya dikenali pada akhir-akhir cerita ini. Ini
menyababkan tidak logic pula apabila orang yang merogol Lina itu berkait rapat
dengan Firqan, Ernida, Bakhary, keluarga Lina secara tetiba.
Secara keseluruhannya, saya suka buku ini dan buku ini
berbaloi membacanya.
No comments:
Post a Comment