Tuesday, 12 March 2013

Kitab Terfaktab

Definasi Cinta Agung Volume. 1

ini Kitabnya
Buku:
Judul: Kitab Terfaktab
Penulis: Aqram, Penulis.Sahaja, Mr. K, Elena Reeney, Amoi, Lord Zara, The BentPencil, BraderLeplep, BukanPenggoda, Cob Nobbler, Shahirah Khairuddin, Hellioz, Ulii Azman
Tarikh Cetakan Pertama: September 2011
Jenis buku: Bukan Fiksyen
Harga: RM 20.00
Penerbit: Lejen Press
ISBN: 978-967-10780-2-0

Terima Kasih Lejen Press dan Terfaktab kerana menerbitkan buku-buku yang memberi impak kepada dunia pembacaan dalam kalangan anak-anak muda. Rata-rata anak muda lebih suka bacaan yang santai, tiada bahasa yang formal.  Bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian tidak seperti sebilangan Novel-Novel yang lebih mengutamakan bahasa dari isi yang disampaikan, hasilnya sebilangan anak muda macam saya kurang berminat unuk membaca novel yang beratus panjangnya.

  Gaya Kitab Terfaktab yang menggabungkan beberapa penulis melihatkan variasi yang cuba disampaikan kepada pembaca, gaya ceritanya yang lebih un-formal mebuatkan pembaca berasa kagum dan dekat dengan pencerita. Gaya penceritaan mantap. Apa yang mantap? dengan mengunakan bahasa tidak formal untuk menerangkan dengan terperinci tema buku ini iaitu Cinta  .... bla-bla -bla Nak tahu lebih kena dapatkannnya.!

Kitab Terfaktab( Kesan kepada Pembaca)

  Fuhh... habis pun, Susah jugak nak baca, nak cari masa nak baca memang susah. Akhirnya hari terakhir ni sempat jugak abiskan.  Kitab Terfaktab, dengar nama buku pun dah Ohsem, inikan pula isinya. Isinya begitu menduga meberikan tips-tips percintaan, cerita-cerita cinta yang kebanyakannya ending sedih. xpi baca xde la sampai nangis. (kental bro). Panjang ni kalau nak suruh review.

Apa yang anda akan rasa kalau baca buku ni adalah perasaan yang sukar untuk digambarkan tapi apa yang cuba saya sampaikan adalah perasaan jika anda membaca buku ini dengan hanya anda mengikut  arahan ini. Anda akan tahu bagaimana perasaan ketika membaca ,Kitab Terfaktab (suasana yang sesuai digunakan ketika baca kitab ni, cuba dengar video ni ketika baca entri ni.)

Arahan:

1. Mainkan Video Youtube 1 ini. (loading sampai habis dulu, kalau buffering x sedap)



2. Dah mainkan selama 10 saat mainkan Video Youtube 2 ini pulak



3. Kedua-dua Video youtube akan dimainkan sekali cuma ada gap sikit video 1 ngan 2.

4. Mainkan video pertama dan kedua dengan kekuatan volume ikut kesesuaian anda. adalah lebih baik yang Video pertama volume dia kureng kuat sikit dari kedua.

5.Dengar pakai headphone, kalu xde pkai speaker yang ada subwoofer, kalu xde pakaila yang sedia ada.(repeat video 2 kalau x puas dengar)


Terfaktab

Banyak sebenarya yang diperoleh dalam buku ini, mengisahkan perihal cinta mengikut definasi setiap manusia di atas muka bumi ini. Ada yang mendifinasikan sebagai A dan B dan juga sebagainya. Isinya yang berkisar tentang cinta sama ada cinta kepada Pencipta ataunpun cinta sesama manusia.
Usahlah kita mengkritik jika kurang menyumbang, tiada apa yang boleh saya katakan tentang kekurangan  buku ini. Setiap manusia mempunyai kekurangan. Namun, mungkin cerita-cerita dalam buku ini mungkin dapat ditulis dengan kadar yang lebih panjang supaya lebih jelas suasana yang hendak digambarkan,

Kitab Terfaktab  memberi definasi cinta hebat bagi manusia-manusia yang jiwanya bergelora dek kerana cinta. kerana setiap cerita yag ditulis dalam buku ini akan cuba dikaitakan dengan diri sendiri. Maka, kadang-kadang  boleh mebuatkan pembaca termenung sejenak memikirkan perkaitan antara cerita dengan realiti kehidupan yang dihadapi.

Maka dengan itu, penulis-penulis telah berjaya untuk menyampaikan mesej Cinta kepada si pembaca.

Selebinya, sukar untuk diulas panjang, nak tahu kena dapatkannya. Sungguh luar biasa. Ohsem!!! terutama ketika dengar dengan suasana video diatas.

Sekian.


"Namun cinta yang agung adalah Cinta kepada Ilahi."


Terima kasih 

Ulasan Oleh:

Syed Salleh Bin Syed Sulaiman

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers