TAJUK BUKU : BEDUK DIKETUK
TERBITAN : TELAGA BIRU
NAMA PENULIS : PAHROL MOHD JUOI
Setiap buku yang dibaca ada
kelebihan dan kelemahan tersendiri.Dalam buku ini terdapat pelbagai kisah pengajaran
yang boleh diteladani.Saya tertarik dengan buku ini kerana tajuk yang
diusulkan.Semasa saya ketika kecil-kecil dahulu selalu sahaja terdengar
berbunyi dum ! Dum ! Dum! Dummm. Sejak dahulu masyarakat Melayu mengetuk beduk
untuk mengumumkan bahawa waktu solat telah masuk,ada berita kematian atau ada
musuh yang menyerang kampung. Uniknya buku ini kerana boleh dijadikan
pengukuhan pada pandangan yang sedia ada atau satu muhasabah kepada pandangan
yang kurang tepat.
Secara personal, saya sangat
terkesan dengan isu-isu yang disentuh oleh penulis. Bukan sekadar menceritakan
kisah yang benar-benar terjadi, malah kupasannya mencolek kutipan-kutipan
permasalahan dan persoalan yang rutin, ritual dan semasa. Cedokan analogi serta
perbandingan kata dan kefahaman turut menjelaskan isi buku ini untuk
menyedarkan kepentingan nilai-nilai sebenar dalam kehidupan seharian.
Beduk diketuk mengajak umat
Islam menilai semula cara memandang sesuatu perkara, peristiwa, atau
kejadian.Pemikiran yang berasaskan tauhid sangat penting untuk memberi nilai
kepada apa berlaku dalam dan luar diri dan terbentuknya sikap serta kelakuan.
Melihat dengan tepat ada betul adalah prasyarat untuk mendapat kejayaan dunia
dan akhirat.
Contoh
tajuk yang terdapat di dalam buku ini
Di dalam kandungan buku ini
terdapat banyak cerita yang berlainan diselang-selikan dengan ilustrasi yang
mencuit hati. Kisah-kisah yang dipaparkan ada kalanya lucu,sinis,mencuit dan
memujuk hati pembaca. Subjek yang diketengahkan tidak bersifat personal tetapi
lebih menjurus kepada permasalahan umum dan kepentingan bersama. Dialog-dialog
bersahaja tetapi sarat dengan makna telah digarap untuk menjawab kekeliruan
masyarakat tentang kefahaman dan amalan Islam
masa kini. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ada antara kisah-kisah di
dalam buku ini terkena batang hidung sendiri.
Saya akui, nukilan ilmiah
yang berunsur pandangan dan kupasan isu sedikit rapuh apatah lagi jika ditimpa
dengan pegangan atau pendirian pembaca yang berlainan. Namun, rendanya dibakar
baik untuk menganjak paradigma dan kiblat pemikiran kita supaya lebih terarah
dan terbuka mengikut landasan yang sebenarnya.
Penggunaan gaya bahasa yang
terdapat dalam buku ini agak terabur. Kita susah untuk mengenalpasti
dialog-dialog yang dikemukan daripada siapa dan siapa yang bercakap. Malah
penggunaan bahasa “rojak” iaitu penggunaan bahasa melayu dicampur dengan bahasa
inggeris. Selain itu,penggunaan bahasa
singaktan juga turut terdapat dalam kisah-kisah yang terdapat dalam buku ini.
Secara keseluruhannya,buku
ini sesuai dijadikan pedoman dan diteladi untuk panduan hidup. Buku ini juga
sesuai dibaca untuk semua lapisan umur. Buku ini juga dapat memotivasikan saya
melalui 35 jenis kisah yang berlainan di dalamnya.
No comments:
Post a Comment