Tajuk : Aku Rindu 90’s
Pengarang : Wan Shafiq
136 muka surat
Buku ini menceritakan pengalaman
penulis menempuhi era 90 an sebagai seorang remaja Melayu di negeri Kelantan. Pengalaman
yang diceritakan bukan sahaja dialami penulis malah dialami oleh kebanyakan
remaja yang menempuhi 90 an sebagai remaja atau kanak-kanak. Pengalaman yang
ditempuhi banyak membangkitkan kembali nostalgia-nostalgia yang mungkin tidak
wujud lagi pada masa kini.
Menurut penulis, muzik berperanan
dalam membentuk budaya yang wujud di zamaqn 90 an. Band muzik dari barat
seperti Nirvana dan Guns N’ Roses menjadi idola remaja pada masa itu. Gaya yang
ditampilkan seperti punk rock dan grunge menjadi ikutan. Lagu-lagu seperti
smell like teen spirit, the man who sold
the world dari kumpulan Nirvana dan sweet
child o’ mine dari Guns N’ Roses manjadi siulan remaja 90 an. Tidak dipingirkan
muzik-muzik tempatan yang hangat diperbualkan seperti kumpulan nasyid Raihan
dan kumpulan New Boyz.
Permainan yang dimainkan remaja 90
an lebih lasak jika dibandingkan dengan permainan kanak-kanak zaman sekarang. Pada
zaman 90 an internet masih merupakan perkara yang asing. Facebook dan twitter masih
belum wujud. Permainan seperti tikam, mandi di tali air, bola sepak kampung, permainan
kereta dash yan kuro dan Digivise menjadi kegemaran kanak-kanak ketika
itu.
Penulis turut menyelitkan kisah persahabatannya
bersama rakan-rakan di sekolah dan seorang gadis bernama Ayu yang menjadi
individu penting dalam zaman kanak-kanak penulis. Turut diselitkan
perkara-perkara penting yang belaku di zaman 90 an seperti suasana bola sepak
dalam dan luar negara dan politik semasa era 90 an termasuk kes Anwar Ibrahim.
Budaya kekeluargaan di zaman 90 an
turut ditampilkan dalam buku ini. Pemikiran ibu bapa yang sekular dan dipatenkan
oleh masyarakat sekitar menjadi penghalang kanak-kanak untuk mengejar impian
mereka. Perkara seperti kejayaan dalam peperiksaan menjadi pengukur status
sebagai kanak-kanak di zaman 90 an.
Ulasan :
Pada pendapat saya, buku ini banyak
membantu mengimbau kenangan pahit manis mereka yang lahir atau mengharungi
zaman 90 an sebagai kanak kanak. Tahun 90 an merupakan zaman yang penuh warna
warni dan tidak patut dilupakan. Walaupun masyarakat mula mengikut budaya baru
yang dibawa dari barat namun budaya tempatan masih lagi dikekalkan dan dipegang
kuat oleh masyarakat. Nilai murni sepeti persahabatan yang diceritakan penulis
boleh dijadikan iktibar kerana perkara yang diceritakan tidak hanya berlaku
pada penulis malah berlaku terhadap meraka yang mengharungi 90 an sebagai
seorang kanak-kanak. Sekian. Hidup 90 an!
No comments:
Post a Comment