Sunday, 10 March 2013

TRAVELOG CINTA ABADI-ROZA ROSLAN (TEO SIEK NEE)


TAJUK BUKU: TRAVELOG CINTA ABADI
PENULIS: ROZA ROSLAN
PENERBIT: PTS SDN BHD
Keistimewaan Travelog Cinta Abadi: Masa yang Berlalu ini terletak pada setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Pembaca jadi setia mengikuti perjalanan kisah pengarang dan juga beberapa insan tersayang di sisinya. ~Nisah Haron, [Novelis Lentera Mustika]

            Tertarik dengan kata-kata ini dan ia mempengaruhi saya untuk membaca novel ini yang ditulis oleh  Roza Roslan keluaran PTS Islamika 2010.

MENARIK!
Amat tertarik dengan kulit buku yang mengandungi bunga ros yang berkembang mekar dan berwarna merah apabila pertama kali menampaknya. Ia memberikan saya sesuatu kesegaran dan istimewa yang memang berbeza dengan buku lain.
Menerusi buku Travelog Cinta Abadi, ia bukan novel imaginasi sahaja, tetapi autobiografi , pengalaman dan peristiwa yang merakamkan kembali perjalanan sepanjang hidup Puan Roza yang menawarkan keindahan dan kisah-kisah kenangan.  Jalan cerita yang dipersembahkan oleh penulis sangat hidup dan menarik seolah saya yang berada dalam situasi-situasi yang diceritakan. Bahasa yang digunakan oleh penulis adalah bahasa yang bagus dan mudah difahami.
            Dalam buku ini, terdapat 93 bab dan 271 muka surat dan kesemuanya mempunyai tajuk yang terus terang. Membaca “Travelog Cinta Abadi: Masa Yang Berlalu” dapat menyedarkan saya tentang kehidupan. Kisah yang terkandung di dalamnya penuh dengan warna kehidupan yang pernah dialami bersama ayah, ibu, datuk, nenek, adik-beradik, rakan dan sanak saudara. Kisah seorang budak perempuan kampung yang bercita-cita hendak ke luar Negara dan kisah seorang anak perempuan yang mendambakan kasih sayang ayahnya.
Antara bab yang menarik adalah ais krim Malaysia, lampu gasolin, batu giling yang remaja zaman sekarang tidak lagi dapat merasa atau mengetahui bagaimana bentuknya dan kepentingannya. Selain itu, pengalaman pertama menonton televisyen pasti menarik untuk diketahui. Ketika itu setiap rumah baru sahaja dimasukkan pendawaian elektrik oleh Lembaga Letrik Negara (LLN). Kegembiraan ini tidak dapat saya, sebagai remaja kini rasai.
Pada pandangan saya, melaui novel ini, setiap orang mempunyai pengalaman hidup yang istimewa dan hanya dia yang berpengalaman, sama ada pengalaman yang dilalui itu pahit, ataupun manis, kesemuanya mengandungi nilai-nilai yang tidak boleh dinilaikan oleh wang.
“Pengalaman itu mendewasakan”
Secara keseluruhannya, novel yang ditulis oleh Puan Roza amat bagus dan manfaat untuk membaca yang juga ditulis oleh Puan Nisah Haron di ruang khas. Hal ini kerana novel ini amat sesuai dijadikan bacaan kepada remaja hari ini seperti saya. Kini, kebanyakan remaja termasuklah saya tidak pernah hidup dalam kehidupan yang susah payah dan melalui novel ini, saya boleh mendapat gambaran kesukaran hidup pada zaman dahulu jika berbanding dengan hidup sekarang yang penuh dengan teknologi yang canggih. Dengan ini, saya lebih mensyukuri dan menghargai kemewahan yang generasi tua kecapai masa kini.

1 comment:

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers