Sunday 10 March 2013

Sherlock Holmes-Sumpah Empat Sahabat (Siti Roihan)




Tajuk buku :Sherlock Holmes (Sumpah Empah Orang Sahabat)
Pengarang  :Arthur Conan Doyle
Diterjemah oleh :Imran Yusof
Diterbitkan :PTS O.N.E  SDN.BHD 


Sinopsis
 Sherlock Holmes-sumpah empat orang sahabat  merupakan karya Arthur Conan Doyle yang mengisahkan penyiasatan tentang satu pembunuhan di Kota London.
Sherlock Holmes merupakan detektif perunding yang dibantu oleh rakannya  Dr.John Watson membongkar pembunuhan di Pondicherry Logde serta kehilangan harta karun yang berasal dari Agra ,India.Pembunuhan Kapten Morstan  yang begitu rahsia berkait rapat dengan kes kehilangan harta karun serta penceroboh yang diiringi oleh orang asal dari kepulauan Andama.
Membongkar kisah betapa setianya empat rakan kepada perjanjian dan sifat  tamak haloba manusia terhadap harta kekayaan.

 Ulasan :
Kisah ini bermula semasa peristiwa pemberontakan warga india terhadap penjajahan Inggeris dan berakhir dengan adegan kejar-mengejar menggunakan bot laju di Sungai Thames,London.Ketika di  Sungai Thames itu segala rahsia terbongkar kerana salah seorang daripada “empat sahabat “ tertangkap .Empat sahabat merupakan Sikh dan yang berjaya ditangkap itu dikenali dengan Jonathan   Small.Bila sampai part Jonathan Small ditangkap rasa berdebar-debar.Ketika ini juga pengarang menggunakan teknik suspen
Apa yang suspen sangat tu??ting!

Waktu Jonothan Small ditangkap segala rahsia yang dan persoalan telah terjawab dan tekaan detektif  Sherlock Holmes tepat.Jonathan mula menceritakan kisah hidupnya dan bagaimana ia berjaya memiiliki harta karun tersebut.Sebelum “empat sahabat” itu dapat memiliki harta karun tersebut mereka sebelum ini telah hidup sangat susah.Jonathan sebelum ini merupakan seorang askar namun khidmatnya tidak lama kerana dia telah melakukan kesalahan yang sangat besar semasa khidmatnya dalam bidang tentera iaitu dia telah berenang  di Sungai  Ganges,India.Waktu tu ketika dia sedang syok berenang kakinya telah digigit buaya hingga hancur kaki smapi ke lutut.Nasib dia sangat baik kerana pada waktu itu komanden pun turut berenang ketika itu.Disebabkan perstiwa itu dia tidak mampu lagi untuk berkhidmat dalam bidang tentera dan terpaksa menggunakan kaki kayu.Disini jelas tergambar Jonathan seorang yang sangat tabah.Selain itu dia juga seorang yang tak pernah putus asa dan semangat tinggi.Tidak lama kemudian India telah diserang dan berlaku pertempuran dan pembunuhan Abel White.Waktu dia melarikan diri itu dia tersempak dengan kumpulan SIKH.Waktu itulah SIKH menawarkan ¼  harta karun kepadanya jika ia turut serta dalam kumpulan itu.
Dalam novel ini banyak menceritakan dan menekankan sifat tamak haloba pada harta kekayaan hingga sanggup melakukan pembunuhan.Kerana harta sanggup membunuh sahabat dan saudara sendiri.

Pada pandangan saya buku ini sesuai untuk semua peringkat umur sebagai bahan bacaan kerana ia banyak membantu dalam mengatur strategik,seperti Holmes seorang yang sangat teliti dalam penyiasatan hingga berjaya menyelesaikan kes peembunuhan yang misteri.Cerita Sherlock Holmes lebih kurang jer dengan cerita detektif Conan dalam melakukan penyiasatan.
Tapi...ada tapinya..saya kurang berminat dengan  penggunaan gaya bahasanya kadang-kadang bosan kerana penulis lebih menekankan kepada fakta sains dalam penyiasatannya dan membuatkan saya rasa sedikit bosan bila tiba baca part itu.Bagi saya penulis patut ketengah gaya bahasa penyiasatan  yang mudah difahami dan banyakkan “brainstorming” supaya pembaca akan merasa lagi “feel and cool “untuk mengetahui tektik penyiasatan yang hebat Walaupun saya kurang berminat dengan bahagian gaya bahasa lebih kepada fakta,namun ada yang menarik perhatian saya kerana penulis banyak menggunakan bahasa asing seperti bahasa Perancis dan bahasa India.Antaranya:

Magnifiques,coup-de-maitres ( bahasa perancis)
Khitmughar(panggilan untuk pembantu rumah yang berbangsa India)  

Saya belajar perkataan Perancis dan india yang baru sepanjang tempoh “berdating” dengan novel penyiasatan ini.

*bagi yang suka kepada cerita penyiasatan dan cabaran boleh la baca buku Sherlock Holmes.Buku ini ada versi bahasa inggeris dan bahasa melayu.Dan ade banyak siri.Okey jadi promote untuk buku Sherlock Holmes!!untuk jadi detektif cool blh la tiru gaya Holmes yang cool dengan mukanya yang tak de perasaan kadang-kadang.
 
                        


1 comment:

  1. "Bagi saya penulis patut ketengah gaya bahasa penyiasatan yang mudah difahami dan banyakkan “brainstorming” supaya pembaca akan merasa lagi “feel and cool"

    Sayang sekali penulis tersebut sudah lama kembali pada pencipta.

    Bersemadilah kau dengan aman wahai
    "Sir Arthur Conan Doyle"

    112 Baker Street Club

    ReplyDelete

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers