Saturday 9 March 2013

Transgenesis Bisikan Rimba -Amir Husaini (LOW YAM NEE) =D


Tajuk : Transgenesis Bisikan Rimba
 

Penulis : Amir Husaini
Harga :  RM 24.00
Terbitan : PTS Publications & Distribtors Sdn Bhd
Bintang : * * * * (4 bintang)
Jenis : Sci-Fi, Thriller, Bunuh3, Misteri2
M/S : 370 m/s
Terbitan : 2009
Blog Penulis : Amir Husaini's Blog


Sipnosis novel
Teknologi memindahkan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia sudah ditemui. Kini pakar genetik boleh mencipta manusia dengan kelebihan istimewa.Misalnya ialah manusia dengan deria hidu sensitif seperti anjing.

Ataupun, manusia yang boleh menghasilkan makanan sendiri melalui fotosintesis. Inilah yang dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans-DNA, secara rahsia. Sehinggalah segala-galanya terbongkar, apabila subjek eksperimen yang terbebas dari makmal mula membunuh orang awam.Novel ini turut menggabungkan bakat penulisan luar biasa dan pengetahuan saintifik yang menakjubkan bagi menghasilkan fiksyen sains thriller yang hebat dan mendebarkan.


Komen saya:

Setelah membaca Transgenesis Bisikan Rimba ini, hati saya berasa merungut-rungut disebabkan cerita ni ada penyambungnya. Misteri yang bersalirat di dalam buku cerita ni, tidak terungkai sepenuhnya.Tetapi kepada sesiapa yang menggemari cerita sains fiction patut membaca novel ini.Walaupun,perjalanan cerita ni agak panjang dan banyak ruang-ruang kosong.Maksud saya adalah  cerita ini diperpanjangkan dengan fakta-fakta yang sedikit bosan, adalah sebenarnya baik jika diisi dengan fakta yang agak berisi bagi membuatkan cerita ni padat dengan aksi dan cerita sains fiktion yang membuatkan kita tertanya2 apakah yang akan terjadi selepas dan ingin membaca sambungannya.

Kisah novel ini bermula apabila seorang kanak-kanak  bertemu dengan seorang tua yang asyik duduk dibawah pokok. Dari situ bermula cerita tentang pokok tersebut. Dan, di akhir cerita ni, kita tidak tahu siapakah pakcik dan budak  itu.
Cerita ni mengisahkan tentang pengklonan dan pentransferan gen manusia dan gen tumbuh-tumbuhan dan hasilnya menjadi seorang wanita bernama Flora (atau dikenali dengan nama subjek 4791) yang berfizikal manusia hijau tetapi menjalankan proses fotosentisis untuk makan dan minum dia, jadi dia tak perlu makan dan minum kerana badannya boleh menghasilkan makanan sendiri. Wah!!Selain itu, Flora mempunyai keupayaan berkomunikasi dengan tumbuh2an supaya mengikut arahan.

Projek pengklonan manusia-tumbuhan ini, dijalankan secara sembunyi oleh sebuah syarikat Trans-DNA, tetapi akhirnya menemui kekalutan kerana Flora telah melarikan diri dari pusat pengklonan. Bertambah kalut lagi bila mereka yang melakukan pencarian semula Flora telah bertemu 'Flora' lain yang lebih ganas.

Sekiranya membaca cerita ni, kita kena banyak berimajinasi dan berfikir bagaimanakah 'action' dalam cerita ini dilakukan.Cerita ini tidak ada isu cinta. Memang akan mengecewakan kepada pembaca yang ingian membaca bibit2 cinta, mmg tak ada langsunglah.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers