Tuesday 12 March 2013

NATRAH : Cinta . Rusuhan . Air Mata


Sinopsis :

Natrah, seorang gadis keturunan belanda telah diambil sebagai anak angkat dan dibela oleh keluarga Melayu Islam. Tiada siapa yang menyangka niat murni ini akhirnya membawa kepada rusuhan yang telah menimbulkan sentiment berbaur agama, dan warna kulit. Natrah atau nema sebenarnya Maria Bertha Hertogh gadis berketurunan Belanda berusia 13 tahun telah diambil sebagai anak angkat dan dibela dengan cara Islam. Tercetusnya kontroversi apabila natrah dipulangkan semula ke pangkuan keluarganya tanpa kerelaan hati hati natrah sehinggakan menimbulkan isu rusuhan Natrah di Singapura pada tahun 1950.

Natrah merupakan perbalahan antara dua agama, dua budaya, dua ibu dan dua Negara. Buku ini menyingkap kembali bagaimana kisahnya menjadi punca rusuhan terburuk pernah berlaku di Singapura. Kisah Natrah dikahwinkan dengan Mansor Adabi secara nikah gantung juga menjadi penyebab utama kehidupannya di Belanda dan kesudahan kisah hidupnya yang amat menyedihkan.

Ulasan :

Aku bukanlah seorang yang gemar membaca buku. Aku bukanlah seorang yang gemar tentang sejarah. Aku lebih cenderung membaca artikel di internet dan lebih ambil tahu perihal semasa melalui berita jam lapan. Nak diikutkan dulu, buku yang aku baca tak sampai separuh yang dibaca. Kadang-kadang hanya belek-belek tajuk bab yang menarik sahaja. Berbeza dengan buku Natrah yang aku terima setelah menjawab persoalan Pengerusi Yayasan Pelajaran Johor(yang aku lupa nama beliau) pada aku semasa menuntut di tahun dua Diploma UTMKL.

Pada mulanya, aku hanya selak-selak melihat gambar di dalam buku tersebut. Dengan Bismillah, aku mula dengan bab pertama. Habis sahaja bab pertama, keinginan untuk ke bab seterusnya mencanak-canak. Dalam masa seminggu habis satu buku Natrah aku khatam. Cukup di situ untuk aku ceritakan betapa menariknya buku ini. kenapa aku kata menarik? Kenapa aku mampu habiskan satu buku dalam masa seminggu sedangkan aku bukanlah alat buku?

Senang kata, apabila aku baca buku ini, aku dapat rasa aku berada di zaman tersebut melihat kerakusan pihak kapitalis. Ditambah pula dengan kreativiti penulisan dan jalan penceritaan tersebut, garapan latar belakang dan latar masa yang tepat, tidak keterlaluan untuk aku katakana buku ini yang telah mencambah minat aku untuk membaca buku-buku ilmiah dan bukan ilmiah.

Di muka hadapan buku iini tercatit Cinta.Rusuhan.Airmata. Ya tepat ‘tagline’ tersebut. Tapi aku punya ‘tagline’ tersendiri. ‘Taman Syurga.Syaitan.Neraka’. pada mulanya, perasaan tenang apabila baca buku ini.kebahagiaan yang dikecapi natrah semsa kecil bersama ibu angkatnya dan bersama suaminya ketika di usia remaja. Namun, kebahagiaannya diragut oleh ibu bapa kandungnya sendiri..

Apa yang menariknya lgi, isu yang timbul dari seorang gadis mat salleh yang tinggal di kampung ini mendapat liputan luas dari media-media dalam mahupun luar negara. Ditambah dengan penglibatan badan-badan kerajaan dan NGO-NGO yang cuba membantu gadis kecil ini. semasa aku baca buku ini, maki hamun dan istighfar yang jadi pencuci mulut aku. Celaka punya penjajah. Astaghfirullahalazim, ini akibatnya kalau kita biarkan pihak kapitalis berkuasa. Agama aku dipijak. Agama aku disepak terajang. Agama aku bagaikan tiada nilai bagi mereka.

2 comments:

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers