Sunday 10 March 2013

Seteguh Sauh oleh Jesmin Rawen

Seteguh Sauh


Judul: SETEGUH SAUH
Penulis: Jesmin Rawen
Penerbit: Karima Publications Sdn Bhd (519631-P)
Cetakan Pertama: Tahun 2007
Halaman: 127 muka surat
Harga: RM17.90


Disediakan oleh: Foo Suan Hui A12HA0145
                          1 SHAC


Sipnosis belakang novel :

            Novel ini menceritakan seorang gadis kampung, Ivy,  yang bersemangat dan berjiwa kental. Tiada siapa yang mampu menghalang segala yang diimpikannya hingga sanggup dimusuhi bapanya sendiri. Berbekalkan usaha dan tekad, Ivy meneruskan perjuangan, walaupun kesungguhannya diperlekehkan oleh orang kampung. Bertambah luka Ivy apabila insan yang dikasihi juga tidak merestui perjuangannya sehingga menimulkan konflik di antara dua beranak itu. Keadaan menjadi lebih teruk apabila dirinya diperbandingkan dengan orang lain. Ivy amat kecewa kerana mereka tidak pernah memahami impian dan keinginannya tetapi dia tekad untuk membuktikan kejayaan.

            Dalam memburu impian dan cita-cita, perasaan kasih mula bercambah terhadap insan, yang digelar lelaki. Namun, kerana cinta hati Ivy sekali lagi terpasksa dilukai apabila bapanya tidak merestui pilihannya. Ivy akur dengan permintaan bapanya, tetapi terpaksa mencari sebuah ketenangan. Ivy memilih jalan untuk berapa jauh daripada keluarga dan kekasihnya. Dia berserah kepada takdir menentukan segalanya.

Komen terhadap novel :


            Tema pertama novel ini adalah keberanian seorang gadis kampung menetapkan targetnya tanpa menghiraukan kelekehan orang lain. Ketabahan dan kesabarannya untuk  mencapai keputusan yang tidak dianggarkan oleh orang lain. Ini telah membayangkan masyarakat ini yang mempunyai potensi yang mendalam dan tidak boleh dijangkakan jikalau masyarakat atau seseorang itu usaha bersungguh-sungguh.

            Dalam percintaan Ivy dengan bertemunya dengan seorang lelaki yang berbangsa cina, mereka sama-sama berusaha untuk berada bersama walaupun percintaan ini tidak direstui oleh ayah Ivy. Dengan sambil menjaga perasaan kekasih dan perasaan ayah yang keras hati, Ivy telah memilih jalan yang menjauhi dengan kekasih dan keluarganya, berharapan untuk mencari cara untuk menenangkan kedua-dua pihak yang paling disayanginya. Pembayangan ini tidak dikecualikan dalam masyarakat sebenar, malah boleh dinampak selalu. Keluarga masa kini,  minoritinya, mengalami situasi seperti ini. Kekasih seseorang anak tidak diterima oleh keluarga tersebut atas karena latar belakang keluarga, tahap pelajaran, perbezaan kaum atau bangsa kekasih tersebut. Malahan perselisihan faham antara kedua-dua pihak atau salah satu pihak tersebut yang enggan menerima sesama lain, telah terjadi tragedi di dalam sesebuah keluarga.

           Tidak boleh dinafikan bahawa masyarakat ini masih mempunyai insan-insan yang fahaman mereka konservatif, dengan contoh ayah kepada Ivy. Ayah Ivy tidak bersetuju untuk anak perempuannya meneruskan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, memandangkan anaknya tidak akan capai keputusan yang cemerlang. Ayah Ivy tidak mempunyai keyakinan terhadap anaknya sendiri. Berpendapat secara konservatif, ayah Ivy mengharapkan anaknya mencari suatu pekerjaan supaya tidak membazirkan masa atas pelajaran. Di samping itu, keengganan menerima seseorang yang berbeza bangsa, seperti yang disebutkan di perenggan sebelum ini, malah munculnya masalah antara ayah dengan anak. Dengki terhadap bangsa cina, disebabkan oleh perkahwinan yang tidak dirahmah oleh keluarga isteri yang berbangsa cina, secara tidak langsung, menjadi kebencian ayah Ivy terhadap bangsa tersebut maka tidak boleh memaafkan anaknya bagi memilih seorang cina sebagai kekasih.

            Penulis novel ini telah memasukkan beberapa masalah sosial ke dalam ceritanya, yang menjadikan penarik perhatian pembaca. Masalah-masalah sosial ini akan berterusan sekiranya hati atau pemikiran seseorang itu tidak membuka mindanya untuk menerima sesuatu yang baru. Walaupun tidak mempunyai konklusi cara Ivy menyelesaikan masalah ini, tetapi dipercayai Ivy akan mengendalinya dengan cara yang lebih baik.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers