Monday 11 March 2013

Santun



Muhd Irsyad Bin Mohd Khan
 
Penulis : Petak Daud
Penerbit : Dubook Ceritera
Tahun Penerbitan : 2012



Sinopsis.
Novel Santun merupakan kisah cinta antara dua insan. Namun kisah cinta di dalam Santun tidak sama dengan kisah cinta sedia ada. Ia digarap dengan baik dan lebih dekat dengan pembaca. Santun mengisahkan tentang cinta terlarang. Cinta terlarang dua orang pelajar yang bersekedudukan secara tidak halal. Menambah konflik di dalam novel ini adalah si lelaki yang hidup dalam keadaan penuh dosa, tidak solat, minum arak, tetapi tinggal serumah dengan seorang perempuan yang tidak pernah tinggal solat setiap kali masuk waktunya. Walaupun begitu, si lelaki yang hidupnya bergelumang dengan dosa turut mempunyai harapan untuk keluar dari kepompong dosa itu. Si lelaki bernama Amri mempunyai hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya kerana mahu menghentikan segala perbuatan terkutuk itu.Namun di pertengahan cerita, kehidupan mereka ini diketahui oleh seorang pensyarah dari universiti tempat mereka belajar. Tetapi pensyarahnya tidak memarahi mereka kerana pada ketika itu dia juga mempunyai masalah peribadi dan menceritakan masalahnya kepada kedua pasangan kekasih itu.Di akhir cerita, Santun  mengakhiri kisahnya dengan persetujuan pasangan kekasih ini untuk berkahwin dan mereka bersetuju untuk meceritakan hasrat mereka kepada ibu bapa kedua belah pihak.

Ulasan
Bagi saya novel Santun merupakan sebuah novel yang unik kerana novel ini bermain dengan emosi pembaca sama ada mahu merasa kasihan atau mencela perbuatan pasangan kekasih ini. Walaupun permulaan novel ini mungkin membuatkan pembaca merasa jelik dan marah dengan perbuatan pasangan kekasih ini, tetapi menjengah ke pertengahan plot ada konflik yang terpaksa dihadapi mereka. Selain itu, buku ini juga ada memasukkan sedikit unsur seram di mana ketika situasi Amri berada keseorangan di rumah dan dia ternampak kelibat seorang perempuan berambut panjang berada di luar tingkap rumahnya. Dan bagi saya, kesimpulan kepada novel ini adalah terletak kepada para pembaca sendiri samaada mahu memaafkan pasangan ini atau terus mengeji perbuatan silam mereka walaupun mereka berusaha menjadikan hubungan itu halal. Akhir kata, novel ini memang menarik kerana mempunyai elemen-elemen cinta yang unik.  

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers