Sunday 10 March 2013

TIKET KE NERAKA OLEH NURUL SAFFANAH

JUDUL: TIKET KE NERAKA
PENULIS: FATIN NADHIRA
PENERBIT: BUKU HITAM PRESS

SINOPSIS :

"Kau fikir dengan menangis, Tuhan akan tolong kau? Mana Tuhan ko tu? Tunjuk dekat aku."

***********************************************************

"Kau ingat kau bertudung kau bagus sangat. Kau merendahkan orang macam kau hebat. Kau tahu benci pada orang tapi kau tahu tak berapa ramai lagi yang benci kau!"

***********************************************************

"Fuyoo.....seksinya awek dia. Kalau dapat dekat aku ni, kompem motor aku bertuah. Tengok-tengok...wo, terangnya tali bra, warna pink! Boleh buta mata aku!"

***********************************************************

"Kau ni kenapa hah? Kau ingat aku hingin sangat nak rogol kau? Nak tengok kau pun aku tak hadap la. Kau ingat aku ni tak ada otak langsung nak rogol kau dekat kenduri arwah, kau ingat aku tak reti nak hormat orang mati?"

***********************************************************

"Jangan harap bahagia kalau diri sentiasa lupa Dia. Jangan harap syurga kalau sentiasa membeli tiket ke neraka."

***********************************************************

ULASAN :

Tiket ke Neraka merupakan sebuah karya Fatin Nadhira yang menghimpunkan pelbagai cerpen yang menarik untuk di baca. sinopsis di atas adalah merupakan pengenalan terhadap cerpen-cerpen yang ada di dalam buku ini.

Waktu pertama kali lihat buku ini, hati tidaklah begitu tertarik untuk melihat dan membelek isi kandungannya. Namun, apabila melihat tajuk yang menghiasi buku 'Tiket ke Neraka', akal mula membuat andaian yang cuba untuk menggambarkan cerita disebalik tajuk ini. Selepas membaca sinopsis di belakang buku tersebut, saya akhirnya membeli kerana rasa ingin tahu yang mendalam terhadap penceritaannya.

Jika kita lihat pada ringkasan sinopsis tersebut, penulis menggambarkan situasi yang berlaku pada zaman sekarang yang berada di sekeliling kita sama ada secara tersurat atau tersirat. Namun ia bukanlah sebuah cerpen yang mengkritik atau menghina situasi-situasi tersebut. Cuma ia sekadar satu pandangan dan luahan idea yang diilhamkan di dalam tiket ke neraka.

Pengarang menggunakan gaya yang santai dan bebas terhadap penulisannya tetapi dalam masa yang sama meninggalkan kesan kepada pembaca. Bahasa yang digunakan agak ringkas dan mudah untuk di fahami mesej yang cuba disampaikan penulis kepada pembaca. Penulis cuba membuat pembaca fikir dan lihat akan dunia yang berlaku hari ini sama ada jenayah dan juga percintaan namun ia tidaklah berat untuk pembaca mengolah penulisan tersebut untuk kita cari dan berfikir akan baik dan buruk sesuatu perkara tersebut supaya kita dapat memuhasabah diri kita sebagai seorang manusia. 

Ia tidak seperti novel-novel atau cerpen-cerpen yang saya baca kerana penulisan mereka hanya membuat kita berada seperti di awang-awangan dan bagi saya hanya sekadar untuk menghiburkan di kala bosan. Namun, walaupun gaya penulisan agak santai dan bebas, unsur keagamaan itu paling dititik beratkan kerana ia merupakan panduan kita sebagai seorang muslim sebagai contoh di dalam cerpen ROWINA ANDERL dimana seorang lelaki mencintai seorang wanita yahudi di mana lelaki itu langsung tidak mengetahui wanita yang dicintainya seorang wanita yang lahir dari agama yahudi. Kerana berpegang kuat pada agama Islam dan cintanya pada Allah, dia meninggalkan wanita itu. Selain itu, tiada unsur "sensor" yang saya rasa tidak elok di baca walaupun seorang manusia yang dikategorikan sebagai dewasa.














1 comment:

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers