Friday 8 March 2013

Sang Pemimpi..(by Tan Yi Cheng 2SHAF)


Book review

        Buku yang dipilih oleh saya ialah Sang Pemimpi.Pengarang buku ini ialah Andrea Hirata.Tahun yang menerbitkan buku ini ialah pada tahun 2006.Faktor yang saya memilih buku ini sebagai ‘book review’ ialah novel ini merupakan pemikiran pengarang terhadap nilai kemanusian , kekuatan diri dan keberanian serta kepercayaan kepada tuhan .Selain itu, novel ini juga menggunakan berbagai gaya bahasa indah yang penuh dengan symbol, simile ,metafora , eufimisme,sirikomlukasi yang tinggi nilai estetiknya.Oleh itu , novel ini mempunyai penilaian yang tinggi serta boleh menarik perhatian saya untuk membaca. Tambahan pula, novel ini mempunyai isi tersirat dan isi tersurat serta menambah kesedaran saya terhadap falsafah yang cukup rasional ,erti perjuangan hidup dalam kemiskinan yang begitu membelit dan cita-cita yang cukup gagah yang di dukung seperti dua watak dalam novel ini iaitu Arai dan Ikal.Novel ini juga membuatkan saya merenung ke dalam diri sendiri dengan penuh pengharapan , menolak semua rasa putus asa dan tidak berdaya.

Ulasan saya

         Selepas saya membaca novel ini saya terdapat beberapa nilainya. Nilainya yang pertama ialah gigih. Ketiga-tiga tokoh dalam buku ini mempunyai mimpi yang sangat tinggi, kerana bagi Arai, orang susah seperti mereka tidak akan berguna tanpa mimpi-mimpi. Mereka berdua mempunyai mimpi yang tinggi iaitu melanjutkan study ke Sarbonne Perancis. Mereka terpukau dengan cerita Pak Beia, guru seninya, yang selalu meyebut-nyebut indahnya bandar itu. Kerja keras, menjadi kuli ngambat mulai pukul 2 pagi hingga jam 7 dan dilanjutkan dengan sekolah, itulah perjuangan ketiga pemuda itu. Mereka mempunyai semangat yang tinggi serta kegigihan kepada fikiran mereka untuk menghadapi cabaran yang susah.Kegighan tokoh-tokoh dalam buku ini juga berusaha mengubah kehidupan mereka sekarang supaya menjadi lebih baik pada masa hadapan .
 
        Tambahan pula, pengarang berkisah tentang kehidupan zaman awal dan akhir remajanya yang keras untuk memburu pendidikan.
Watak utama mewakili anak-anak yang hidup di bawah paras kemiskinan sehingga terpaksa bekerja keras selama bertahun-tahun, menabung untuk keperluan pendidikan dan ilmu yang mereka dambakan.Apa yang menghidupkan mereka hanyalah mimpi-mimpi yang indah; untuk menjadi sarjana, menuntut ilmu hingga ke Peranchis, di altar tempat pemujaan ilmu Universiti Sorbonne yang terkenal.Melalui kisah mereka, kita dapat melihat bagaimana pendidikan yang berlandaskan keikhlasan para guru dan sokongan masyarakat sekitar ternyata dapat melahirkan insan yang begitu mencintai ilmu walaupun dalam serba kekurangan.Kritikan halus Andrea Hirata cuba membangkitkan orang Melayu untuk memperbaiki keadaan sosial dengan menyedari kelemahan sikap mereka terlebih dahulu.Sang Pemimpi juga menyentuh masalah kepimpinan dalam masyarakat - bagaimana seharusnya seorang pemimpin bersikap, serta ketulenan seorang pemimpin yang terbukti antara laungan gagasan dan amalan sebenar mereka dalam kehidupan.

            Justeru, novel ini dapat memberikan motivasi seperti watak utama dapat terus berusaha untuk mencapai cita-cita yang diinginkan .Novel ini juga dapat memacu pemikiran kita untuk lebih peka terhadap kesempatan yang ada.Novel ini juga dapat membangkitkan semangat kita untuk terus berusaha  meraih mimpi atau cita-cita  yang diinginkan dan berjaya pada masa hadapan. Justeru, kekayaan bahasa  dan kekuatan aliran yang terdapat dalam novel ini secara sempurna.Pengarang bermain imaginasi berfikir yang dituangkan dengan bahasa-bahasa intelektual yang berkelas .

           Selain itu, dalam pendapatan saya novel ini mempunyai nilai tentang agama. Agama merupakan sudut pandang yang mengikat manusia dengan Tuhan Pencipta alam dan seisinya. Berbicara tentang hubungan manusia dan Tuhan tidak terlepas dari perbahasan agama. Agama merupakan pegangan hidup bagi manusia. Agama dapat pula bertindak sebagai pemacu faktor kreatif, kedinamisan hidup, dan perangsang atau pemberi makna kehidupan. Melalui agama, manusia pun boleh mengekalkan keutuhan masyarakat agar hidup dalam pola kemasyarakatan yang telah tetap sekaligus memimpin untuk meraih masa depan yang lebih baik.

         Contohnya,dalam novel ini ia tersebut "Jimbron adalah seorang yang membuat kami takjub dengan tiga macam kehairanan. Pertama, kami hairan kerana kalau mengaji, ia selalu dihantar seorang pendeta. Sebetulnya beliau adalah seorang pastor kerana beliau seorang Katolik, tapi kami memanggilnya Pendeta geovany. Rupanya setelah sebatang kara seperti Arai ia menjadi anak asuh sang pendeta. Namun, pendeta berdarah Itali itu tak sedikit pun bermaksud menukar keyakinan Jimbron. Beliau malah tak pernah lewat jika mengantarkan Jimbron mengaji ke masjid "(SP, 61)
 
       Tokoh Jimbron dalam novel Sang Pemimpi mencerminkan tokoh yang taat beragama dengan mengaji setiap harinya, walaupun dia hidup di persekitaran agama yang berbeza, iaitu agama Katolik. Penamaan nilai agama yang tinggi mampu menumbuhkan sikap sabar, tidak sombong dan tidak angkuh pada sesama. Manusia menjadi saling mencintai dan menghormati, dengan demikian manusia boleh hidup harmoni dalam hubungannnya dengan Tuhan, sesama manusia mahupun makhluk lain. Jika setiap manusia akan saling menghormati dalam menjalankan agamanya, maka hubungan yang harmoni akan terjalin dan akan menjadikan hidup manusia menjadi tenteram dan bahagia kerana nilai agama merupakan kaitan antara manusia dengan Tuhan sebagai sumber ketenteraman dan kebahagiaan di dunia. Nilai agama akan menanamkan sikap manusia untuk tunduk dan taat kepada Tuhan atau dalam kehidupan seharian kita kenal dengan takwa.

       Novel ini juga terdapat nilai dari segi pendidikan sosial.
Nilai sosial merupakan hikmah yang dapat diambil dari perilaku sosial dan tata cara hidup sosial. Suatu kesedaran dan emosi yang sangat lestari terhadap suatu objek, idea-idea, atau orang juga termasuk di dalamnya. Karya sastera berkait rapat dengan nilai sosial, kerana karya sastera boleh pula berpunca dari kenyataan-kenyataan yang berlaku di dalam masyarakat. Nilai sosial merangkumi keperluan hidup bersama, seperti kasih sayang, kepercayaan, pengakuan, dan penghargaan. Nilai sosial yang dimaksudkan adalah kepedulian terhadap persekitaran. Kepedulian tersebut dapat berupa perhatian mahupun berupa kritik. Kritik tersebut dilatar belakangi oleh dorongan untuk memprotes ketidakadilan yang dilihat, didengar mahupun yang dialaminya.

             Misalnya,dalam novel ini berkata "Aku ingin menyelamatkan Jimbron walaupun benci setengah mati pada Arai. Aku dan Arai menumpang Jimbron dan beruntung kami berada dalam labirin gang yang membingungkan. "(SP, 15)
Kutipan di atas dapat di jelaskan bahawa walaupun Ikal sangat benci kepada Arai tapi jiwa penyokongnya kepada Jimbron masih tetap ada dalam dirinya, kerana dia merasa walau bagaimanapun mereka adalah bersaudara.

          Nilai sosial berkenaan dengan kemanusiaan dan membangunkan kehidupan bersama, seperti kasih sayang, penghargaan, kerja sama, perlindungan, dan sifat-sifat yang ditujukan untuk kepentingan kemanusiaan lainnya yang merupakan kebiasaan yang diwarisi secara turun temurun. Contohnya, "Aku membantu membawa buku-bukunya dan kami meninggalkan pondok berdinding lelak beratap daun itu dengan membiarka pintu dan jendela-jendelanya terbuka kerana dipastikan tak kan ada siapa-siapa untuk mengambil apa-apa." (SP, 25)

           Di samping itu,sifat membalas budi atas kebaikan orang lain pada nilai sosial adalah amat penting. Sifat tersebut juga bertujuan untuk membina sikap saling mengambil berat dan saling peka antara sesama. Sifat tersebut tersirat dalam petikan di bawah ini.
"Aku ingin membahagiakan Arai. Aku ingin berbuat sesuatu seperti yang ia lakukan pada Jimbron. Seperti yang selalu dia lakukan padaku. Aku sering melihat kasut yang menganga seperti buaya berjemur tahu-tahu sudah rekat kembali, Arai diam-diam memakunya. Aku juga selalu hairan melihat butang bajuku yang lepas tiba-tiba lengkap kembali, tanpa banyak cincong Arai menjahitnya. Jika terbangun malam-malam, aku sering dapati telah berselimut, Arai menyelimuti. Belum terhitung kebaikannya waktu ia membelaku dalam perkara rambut belah tengah toni Koeswoyo saat aku masih SD dulu. Bertahun lewat taoi aku tak kan lupa Rai, akan kubalas kebaikanmu yang tak terucapkan itu, jasamu yang tak kenal pamrih itu, ketulusanmu yang tak kasatmata itu. "(SP, 186).

             Novel Sang Pemimpi menegaskan bahawa keadaan ekonomi bukanlah menjadi halangan seseorang dalam meraih cita-cita dan berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mencapai cita-citanya. Kemiskinan adalah penyakit sosial yang berada dalam ruang lingkup materi sehingga tidak berkaitan dengan kemampuan otak seseorang.

          Pada pendapat saya,ada beberapa alasan yang menyebabkan sebuah karya sastera disukai pembaca, diantaranya adalah apabila karya tersebut dapat merepsentasikan diri pembaca dengan adanya kedekatan emosi dan mampunya karya tersebut memaparkan gagasan dan harapan terdalam dari diri pembaca. Kebanyakan orang sangat mereflesikan diri dengan hal yang diminatinya, termasuk atas karya sastera. Bila bukan kerana adanya kesamaan nasib dengan tokoh yang dihidupkan di dalam cerita, biasanya hati pembaca tertambat pada jalinan kisah yang menyerupai hasrat dan impiannya.
           
           Kesimpulannya, novel ini berkaitan dengan mimpi yang harus diperjuangkan. Terdapat tiga kanak-kanak yang bersahabat begitu dekat. Novel ini mempunyai kandungan yang baik dan memberikan banyak inspirasi. Novel ini mempunyai banyak nilai yang baik. Sang Pemimpi karya Andrea Hirata diterbitkan pertama kali Julai 2006. Sejak kemunculan novel Sang Pemimpi mendapatkan tanggapan positif dari penikmat sastera. Tingginya apresiasi masyarakat terhadap novel Sang Pemimpi menjadikan novel tersebut masuk dalam jajaran novel psikologi islami pembangun jiwa.

Sinopsis novel Sang Pemimpi

        Pengarang novel ini ialah Andrea Hirata .Novel ini diterbitkan oleh Bentang Pustaka pada bulan Julai tahun 2006. Novel ini berkaitan tentang mimpi anak- anak kampung. Sang Pemimpi adalah sebuah lantunan kisah kehidupan yang cukup mempesona dan nescaya akan berjaya membuat kita percaya tentang cinta, tentang kekuatan mimpi dan pengorbanan ,Malah lebih dari itu akan membuat kita percaya kepada kekuasatan Tuhan .Andrea akan membawa kita berkelana dan menerobos sudut-sudut pemikiran hingga menemukan pandangan yang berbeza , malah luar biasa tentang nasib ,tentang intelektual , kegembiraan yang meluap-luap ,sekaligus kesedihan yang mengharu biru.Andrea membawa kita mengembara pada kisah anak-anak Belitong yang cuba memperoleh pendidkan dengan pelbagai cabaran kehidupan yang cukup menyedihkan .Dimulai dengan kenakalan remaja yang kelihatan biasa , namun tanpa kita sedari , lambat laun watak-watak itu ankan menguasai kita turut hanyut  dalam gelombang hidup yang mencengkam mereka.
             Di samping itu, terdapat tiga tokoh utama dalam buku ini iaitu Arai, Jimbron dan Ikal.Setelah mereka tamat SMP akan melanjutkan ke SMA, perjuangan dan mimpi ketiga yang berani ini bermula. Ikal, salah satu dari anggota Laskar Pelangi, Arai, saudara sepupu Arai yang sudah yatim piatu sejak SD dan tinggal di rumah Ikal, sudah dianggap seperti anak sendiri oleh Ayah dan Ibu Ikal, dan Jimbron, anak angkat seorang pendeta kerana yatim piatu juga sejak kecil . Namun pendeta yang sangat baik dan tidak memaksa keyakinan Jimbron, malah membawa Jimbron menjadi muslim yang taat.
Arai dan Ikal begitu pintar dalam sekolahnya, sedangkan Jimbron, si penggemar kuda ini biasa-biasa saja. Malah menduduki rangking 78 dari 160 pelajar. Sedangkan Ikal dan Arai selalu menjadi lima dan tiga besar. Mimpi mereka sangat tinggi, kerana bagi Arai, orang susah seperti mereka tidak akan berguna tanpa mimpi-mimpi. Mereka berdua mempunyai mimpi yang tinggi iaitu melanjutkan belajar ke Sarbonne Perancis. Mereka terpukau dengan cerita Pak Beia, guru seninya, yang selalu meyebut-nyebut indahnya bandar itu. Kerja keras mulai pukul dua pagi hingga jam tujuh dan dilanjutkan dengan sekolah, itulah perjuangan ketiga pemuda itu. Mati-matian menabung demi mewujudkan impiannya. Meskipun kalau dilogika, tabungan mereka tidak akan cukup untuk sampi ke sana. Tapi jiwa optimisme Arai tak terbantahkan.

                Selesai SMA, Arai dan Ikal merantau ke Jawa, Kuala Lumpur tepatnya. Sedangkan Jimbron lebih memilih untuk menjadi pekerja ternakan kuda di Belitong. Jimbron menghadiahkan kedua celengan kudanya yang mengandungi simpanannya selama ini kepada Ikal dan Arai. Dia yakin kalau Arai dan Ikal sampai di Perancis, maka jiwa Jimbron pun akan selalu bersama mereka. Berbula-bulan terkatung-katung di Kuala Lumpur, mencari pekerjaan untuk bertahan hidup susahnya minta ampun. Akhirnya setelah banyak pekerjaan tidak bersahabat ditempuh, Ikal diterima menjadi tukang sortir (tukang Pos), dan Arai memutuskan untuk merantau ke Kalimantan. Tahun berikutnya, Ikal memutuskan untuk kuliah di Ekonomi UI. Dan setelah lulus, ada jawatan untuk mendapatkan biasiswa S2 ke Eropah. Beribu-ribu pesaing berjaya singkirkan dan akhrinya sampailah pada pertandingan untuk merebut 15 besar.Profesor pengujinya begitu terpukau dengan proposal penyelidikan yang diajukan oleh Ikal, walaupun hanya latar belakang sarjana Ekonomi yang masih bekerja sebagai tukang sortir, tulisannya begitu hebat. Akhirnya setelah wawancara selesai, siapa yang menyangka, kejutan yang luar biasa. Arai pun ikut dalam wawancara itu. Bertahun-tahun tanpa khabar berita, akhirnya mereka berdua dipertemukan dalam satu forum yang begitu indah dan penting. Begitulah Arai, selalu penuh dengan kejutan. Semua ini sudah direncanaknnya bertahun-thaun. Ternyata dia kuliah di Universiti Mulawarman dan mengambil jurusan Biologi. Tidak kalah dengan Ikal, proposal kajiannya juga begitu luar biasa dan berbakat untuk menghasilkan teori baru.

             Akhirnya sampai juga mereka pulang kampung ke Belitong. Ketika ada surat datang, mereka berdebar-debar membuka kandungannya. Pengumuman penerima biasiswa ke Eropah. Arai begitu sedih kerana dia sangat merindukan kedua orang tuanya. Dia ingin membuka kabar itu bersama orang yang sedang dia rindukan. Kegelisahan bermula. Tidak kuasa mengetahui isi dari surat itu. Akhirnya Ikal diteima di Perguruan tinggi, Sarbone Pernacis. Setelah perlahan mencocokkan dengan surat Arai, inilah jawapan dari mimpi-mimpi mereka. Kedua sang pemimpi ini diterima di Universiti yang sama. Tapi ini bukan akhir dari segalanya. Disinilah perjuanagan dari mimpi itu bermula, dan siap melahirkan anak-anak mimpi berikutnya.



Watak utama yang berada dalam novel ini

        Tokoh-tokoh yang saya dapat dalam buku ini ialah 15 belas tokoh.  Terdapat tiga tokoh yang berutama iaitu Ikal, Arai dan Jimbron.
 Ikal adalah seorang anak kampung yang berasal dari keluarga miskin, sahabat Arai sekaligus saudara jauh Arai. Ia adalah sprinter di SMAnya, ia menunjukkan kebolehannya ketika ia dikejar oleh Pak Mustar. Ia berjuang untuk dapat membiayai sekolah dan hidupnya dengan menjadi kuli pengangkut ikan bersama Arai.Di sambing itu,Arai adalah tokoh sentral dalam buku ini. Menjadi saudara angkat Ikal ketika kelas 3 SD saat ayahnya (satu-satunya ahli keluarga yang tinggal) meninggal dunia. Seseorang yang mampu melihat keindahan di balik sesuatu, sangat optimis dan selalu melihat suatu peristiwa dari kaca mata yang positif. Arai adalah sosok yang begitu spontan dan jenaka, seolah tak ada apa-apa di dunia ini yang akan membuatnya sedih dan patah semangat.Tokoh utama  ketiga ialah Jimbron. Jimbron adalah anak yatim piatu yang dibela oleh seorang paderi Katolik bernama Geovanny. Laki-laki berwajah bayi dan bertubuh subur ini sangat polos. Ia sangat terobsesi dengan kuda dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Kecintaannya akan kuda membuatnya hafal segala jenis kuda serta karakteristiknya. Obsesi ini diperolehi setelah ia mengalami sebuah peristiwa tragis yang meragut nyawa ayahnya. Kejadian tersebut juga menyebabkan ia menjadi gagap ketika bercakap. Jimbron adalah pengimbang di antara Arai dan Ikal, kepolosan dan ketulusannya adalah sumber simpati dan kasih sayang dalam diri kedua-duanya untuk menjaga dan melindunginya.

     








No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers