Tuesday 12 March 2013

PSIKO - Ehsan El Bakri ( LEJEN PRESS )


Sebelum membeli apa_apa jua naskah mahupun novel, membaca terlebih dahulu sinopsis di belakang kulit buku adalah kewajipan sebelum memilih naskah tersebut sebagai pilihan untuk di baca.  Situasi sama berlaku ketika pertama kali melihat buku Psiko nukilan Ehsan El Bakri ini. Sinopsisnya berbunyi begini :

Dua gadis dari dua dunia berbeza.  Bella si gadis bertudung, selesa menyendiri bersama muzik punk yang sudah sebati lebih sedekad.  Rebecca pula si gadis terbiar, memberontak dalam diam.  Bersekedudukan dengan si atheist Ronnie, teman lelakinya, Rebecca selesa mengotorkan dirinya sebagai bintang utama filem_filem porno Ronnie.  
Nasrul muncul secara tiba_tiba dalam hidup Bella, manjadikannya sebagai satu_satunya jejaka yang berjaya merobohkan egois Bella.  Di sebalik karakter romantik dan lucu Nasrul, tersembunyi seribu satu rahsia gelap yang sukar dirungkaikan.
Diganggu satu kelibat bertopeng, satu kelibat budak perempuan kecil, mereke menagih darah, isi tubuh, penderaan luar akal waras sesiapa sahaja yang memasuki ruang jerat mereka!

Dari sinopsis isi, ia dapat menarik minat pembaca bagi mereka yang sukakan genre seram dan mendebarkan.  Penulis memulakan penulisan dengan memberi amaran terhadap pembaca untuk berfikiran terbuka dan berani menambahkan lagi debaran sebelum memulakan pembacaan.  Permulaan cerita dengan prolog menambahkan lagi perasaan ingin tahu jalan cerita selanjutnya.  Prolog yang begitu seram dan jijik di ceritakan secara terperinci dan dapat memberi rasa terhadap pembaca. Contohnya seperti :

Juntaian usus besar dan kecil pemilik susuk tubuh tersebut sudah selamat mendiami sebuah baldi karat perang gelap.

Penulisan yang membuat bulu roma naik dan berasa jijik bagi mereka yang pertama kali bertukar genre novel  seperti :

Isi perut bersalut darah hanyir segar itu disuapnya dengan penuh nikmat. Gigi-giginya berlaga-laga menghentak, memotong, melerai isi perut yang disuap.

Penulis pula banyak menggunakan perkataan yang berulang_ulang seperti adrenalin, kubikel, kemujuran dan lain_lain.  Penulis juga menggunakan perkataan yang kasar dan lucah yang mana untuk memberi kesan terhadap pembaca.  

Walaubagaimanapun, jalan cerita yang mana berulang_ulang seperti penyeksaan terhadap manusia membuatkan pembaca tertanya_tanya bilakah penyeksaan ini akan berakhir dan apakah kaitannya.
Penulis juga menggunakan perbandingan yang agak melampau seperti panas seperti neraka, seperti malaikat yang melintasi, yang mana jarang ditemui dalam pembacaan novel sebelum ini. 

Akhirnya, penutup yang membawa pengakhiran terhadap tanda tanya sepanjang pembacaan amat mengejutkan yang mana ia langsung tidak terdetik bahawa individu yang menyiksa manusia_manusia tidak kira lelaki mahupun perempuan itu adalah seseorang yang tidak memberi impak pada awalan cerita.  

Nak tahu cerita sebenar, dapatkan novel Psiko ini yang akan membuatkan anda jadi seorang yang PSIKO !.  

"one of the extraordinary things about human events is that the unthinkable becomes thinkable"  - Salman Rushdie

Ulasan : Norfadhilah binti Mohamad Noor

1 comment:

  1. Macam buku yang saya suka baca je. Nak g beli nanti

    ReplyDelete

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers