Sunday 17 March 2013

Perempuan Lindungan Kaabah oleh Hana Ilhami



Judul: Perempuan Lindungan Kaabah
Penerbit:: Penerbitan KaryaSeni Sdn Bhd.
Penulis: Hana Ilhami
Harga: RM 28.00


Assalaamu'alaikum dan salam sejahtera, sebuah novel yang ingin saya kongsikan hasil pembacaan saya adalah sebuah novel yang bertajuk Perempuan Lindungan Kaabah, terbitan Penerbitan Karya Seni Sdn Bhd. Sebelum itu, saya kongsikan sinopsis novel ini supaya kawan-kawan semua dapat menggambarkan jalan cerita novel ini dalam minda masing-masing. =)

Sinopsis:

PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelililngnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.

Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih anatara jasa dan rasa...

"Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui emel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?" - ALEX

"Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku..." - AMIR

"Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?" - FAREEZ

Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.

"Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya." - HANAN

Demi mendapat redha Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi...perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

ULASAN:

Ini adalah pertama kali saya membuat ulasan buku. Yang benar, ambillah sebagai penambaikan, yang salah, saya minta maaf! ^^

1. Saya ingin ulas tentang teknik penceritaan di dalam novel ini. Pada pandangan saya, penulis telah menggunakan frasa seperti "Kelas lima khadijah..." di permulaan bab. Frasa seperti ini mengingatkan saya bahawa ini adalah satu penceritaan dan menganggu penghayatan saya terhadap watak-watak dalam novel. dalam erti kata lain, ia menyebabkan saya tidak merasai "berada" dalam novel itu.


2. Tajuk novel ini adalah Perempuan Lindungan Kaabah, tetapi kulit depan buku novel ini tidak mengandungi gambar Kaabah.

3. Gaya bahasa yang digunakan yang bersahaja, menggunakan perkataan-perkataan yang sering digunakan oleh remaja adalah sesuai dengan tahap pembaca yang mana target novel ini adalah remaja.Mudah bagi saya untuk terus membaca novel ini.

4. Menerusi novel ini, para pembaca diajar cara berkomunikasi sesama yang bukan mahram(yang boleh dikahwini) melalui watak Alex dan Hanan walaupun Hanan mempunyai niat yang baik iaitu niat untuk mengajarkan Islam kepada Alex. Apa yang ditekankan oleh penulis adalah NIAT/MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. 


5. Walaupun novel ini mengangkat tema cinta kerana ALLAH di atas nama dakwah, tetapi ia tetap menyelitkan sedikit perkataan-perkataan yang mengandungi elemen-elemen seksual intim suami isteri yang sedikit keterlaluan dan tidak begitu sesuai untuk ditulis ke dalam novel yang mengangkat tema Islamik.

Walaubagaimanapun, kebaikan yang didapati hasil membaca novel ini adalah lebih banyak daripada kelemahannya. Semoga penulis novel ini dapat berkarya dengan lebih baik lagi terutama dalam menghasilkan novel yang mengangkat tema Islamik.


Sekian. :)

2 comments:

  1. Salam...

    1. Saya gemar m'gunakan teknik ini kerana pd saya lebih mudah bg pembaca memahami perjalanan cerita dr satu babak ke babak yg lain. Bagaimana pun terima kasih atas komen.

    2. Tak dpt nak jwb sbb ini disediakan oleh karyaseni

    3.Saya cuba memberi kaedah santai dgn harapan apa yg hendak disampaikan lebih mudah difahami .Penat dowh, mengkaji bahasa2 remaja walau pun diri ini dah kertu. hehe...

    4. Semuga mesej2 yg tersirat dlm PLK bermanfaat dan dpt diamalkan.

    5. Benar, saya cuba mengangkat tema Islamik, namun saya tak menganggap novel saya sebagai novel islamik. Sebenarnya novel saya sama spt novel cinta yg lain cuma diselitkan sedikit suntikan rohani. Bagaimana pun terima kasih atas pandangan dan akan dipertimbangkan bagi karya2 yg akan dtg.

    Jazakillah. ;-)


    ReplyDelete
    Replies
    1. Ass.wr.wt.saya Ibu puspita wati sangat berterima kasih kepada Aki Soleh. berkat bantuan angka jitu yang di berikan Aki Soleh. saya bisah menang togel singapura 4D yaitu (2548) dan alhamdulillah saya menang (200,35 juta) sekarang saya sudah bisah melunasi hutang-hutang saya dan menyekolahkan anak-anak saya. sekarang saya sudah bisah hidup tenang berkat bantuan Aki Soleh. bagi anda yang termasuk dalam kategori di bawah ini:
      1.di lilit hutang
      2.selalu kalah dalam bermain togel
      3.barang-barang berharga sudah habis buat judi togel
      4.hidup sehari-hari anda serba kekurangan
      5.anda sudah kemana-mana tapi belum dapat solusi yang tepat
      6.Dukun Pelet Sakti
      7.Dukun Santet Ganas
      8.Pesugihan Dana Gaib, dan dll
      dan anda ingin mengubah nasib melalui jalan togel seperti saya hub Aki Soleh di no; 082-313-336-747.
      " ((((((((((( KLIK DISINI ))))))))))) "

      UNTUK JENIS PUTARAN; SINGAPURA, HONGKONG, MACAU, MALAYSIA, SYDNEY, TOTO MAGNUM, THAILAND, LAOS, KAMBODIA, TOTO KUDA, ARAB SAUDI,

      AKI SOLEH dengan senang hati membantu anda memperbaiki nasib anda melalui jalan togel karna angka gaib/jitu yang di berikan AKI SOLEH tidak perlu di ragukan lagi.sudah terbukti 100% akan tembus. karna saya sudah membuktikan sendiri.buat anda yang masih ragu, silahkan anda membuktikan nya sendiri.
      SALAM KOMPAK SELALU.DAN SELAMAT BUAT YANG JUPE HARI INI

      ..( `’•.¸( `‘•. ¸* ¸.•’´ )¸.•’´ ).. 
      «082-313-336-747»  
      ..( ¸. •’´( ¸.•’´ * `’•.¸ )`’•.¸ )..

      Delete

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers