Tuesday 12 March 2013

MATILDA-SITI NORLELA

Sebuah novel "MATILDA"
Penulis AHADIAT AKASHAH
Penerbit : AHADIAT AKASHAH THE WRITER SDN. BHD.



SINOPSIS
Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang lari dari kehidupan di bandar ke kawasan kaki bukit yang jauh daripada bunyi bising, udara yang kotor dan konflik-konflik dalaman di antara suami isteri. Aizad dan Hazel telah membeli "Andrew view"(banglo) dan berpindah kerana inngin bebas dari segala kesibukan bandar. Mereka pada mulanya dia anggap pasangan yang sangat bahagia bagi Matilda iaitu satu-satunya jiran yang terdekat. Tetapi kebahagian mula di uji apabila Matilda mula campur tangan dalam hal rumahtangga Aizad dan Hazel. Hubungan Aizad dan hazel makin renggang apabila Hazel mula menjauhkan diri daripada Aizad disebabkan oleh alahan mengandung. Kemudian, Aizad mula menagih kasih sayang daripada Matilda dan sangkaan Hazel tehadap suaminya adalah benar kerana dia mengulangi semula kesilapan yang lalu. Malangnya, Aizad tidak benar-benar mengenali Matilda dan akhirnya dia menanggung akibatnya daripada perbuatannya yang tidak bermoral. Akhirnya, Hazel terpaksa menjadi bakal ayah dan ibu  kepada anak yang bakal lahir............

"DAN... DI DALAM BILIK ITU MATILDA KETAWA DITEMANI POTRET-POTRET DAN LILIN YANG APINYA SEDANG MENARI-NARI TANPA ERTI........"

KOMEN
Berdasarkan jalan penceritaan MATILDA oleh Ahadiat Akashah, ianya secara santai dan tiada ulasan yang sukar untuk di fahami. Dari segi penulisan, beliau juga menggunakan bahasa melayu pasar, metafora bombastik dan bahasa yang agak kasar contohnya "betina" dan "shit". Selain itu, penulisan novel ini sebenarnya mengajar pembaca untuk merojak dan tidak memperkasakan bahasa melayu yang betul. Melalui penceritaan ini juga, beliau ingin menampakkan kesan konflik dalaman yang berlaku di antara suami isteri yang berpunca daripada perasaan cemburu, buruk sangka dan ketidaksefahaman yang menyebabkan berlakunya pergaduhan dan hubungan menjadi renggang. Bahkan, Novel ini mengajar kita untuk lebih berhati-hati dengan orang luar yang pada dasarnya nampak baik tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya dan kita perlu selidik dahulu asal-usul mereka terlebih dahulu sebelum menjadi lebih rapat. Tetapi bahagian yang tidak menarik tentang novel ini adalah terdapat unsur-unsur negatif yang mengajar para pembaca untuk berfikiran ke arah lucah. Bagi pendapat saya, Novel melayu kebanyakan nya lebih mengisahkan kisah cinta dan berunsurkan seks sebagai daya tarikan termasuk la novel ini. Walaupun, sesetengahnya ada yang menonjolkan nilai-nilai positif namun kesan yang negatif lebih terkesan bagi sesetengah pembaca contohnya penggemar novel selalunya suka berangan-angan dan mendamba kan situasi yang sama dengan apa yang di baca. Oleh itu, kita sebagai pembaca perlulah bijak dalam menapis dan menerima nilai-nilai yang positif supaya kita tidak di hanyutkan bersama dengan angan-angan penulis. Bahkan, ada sesetengah pembaca yang terbawa-bawa dengan angan-angan penulis yang hanya berdasarkan imaginasi dan inspirasi yang di karang oleh penulis. Sebagai contohnya adalah, kebanyakkan novel menceritakan kesempurnaan dan konflik dalam percintaan walhal kehidupan realitinya adalah sangat kontra. Kesimpulannya, novel ini sangat membosankan dan tidak mempunyai jalan cerita yang sangat menarik kerana saya tidak gemar membaca novel-novel melayu. Dan sebagai pembaca novel ini, saya syorkan supaya penulis novel perlu menulis cerita yang banyak menonjolkan nilai-nilai murni supaya pembaca berpijak di bumi yang nyata dan tidak membawa pembaca kearah yang tidak baik.

2 comments:

  1. salam...sy Adrianz.. beminat utk membeli buku ini..kalau sudi utk jual mohon msg ke no hp sy 0128577288 @ emel eureka2233@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Novel yg bagus tapi pengakhirannya kurang berkesan

    ReplyDelete

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers