Saturday 9 March 2013

LANGIT NAN GELAP - Resmanshah




Judul         :  Langit Nan Gelap
Penulis       : Resmanshah
Penerbit     : Lejen Press

Langit nan gelap merupakan sebuah koleksi cerpen yang menghimpunkan kisah-kisah seram komedi dimana ia merupakan antologi tulisan Resmanshah. Koleksi cerpen ini sesuai dibaca untuk semua peringkat umur, tidak kiralah dari peringkat kanak-kanak mahupun sehinggalah golongan dewasa. Dari segi penggunaan bahasa dan perisian yang terdapat dalam buku ini membolehkan ia sesuai untuk semua peringkat umur. Sudah menjadi kebiasaan novel-novel atau karya- karya lain yang memamparkan kisah hantu yang berunsur seram, namun berbeza pula dengan cerpen langit nan gelap yang menceritakan kisah seram tetapi masih lagi terdapat unsur-unsur komedi yang membolehkan pembaca lebih tertarik untuk membaca karya ini.

Satu kisah daripada cerpen ini yang mungkin akan mencuit hati anda adalah puaka kereta buruk yang menceritakan kisah tentang dua orang pemuda yang dalam perjalanan pulang ke rumah merasakan sesuatu yang tidak kena akan berlaku setelah mendengar cerita seram yang diceritakan oleh seorang pakcik tentang kereta buruk dilebuh raya. Semasa dalam perjalanan, mereka melihat sebuah kereta buruk berwarna kuning yang kelajuannya agak sederhana lajunya. Mereka bertekad untuk memotong kereta tersebut tanpa melihat pemandu kereta buruk itu disebabkan  terlalu takut untuk melihat . Mereka berpuashati kerana berjaya memotong kereta buruk itu sambil menjerit “aku tak akan takut dan mengalah dengan kau hantu kereta buruk!”, kereta buruk tadi telah terhenti dengan hood depannya berasap . Keluar seorang tok Lebai dari kereta itu sambil berkata “syaitan punya pemandu!salahkah aku bawak kereta buruk sampai aku dikatanya hantu.

Komen
Selalunya  hantu digambarkan sebagai makhluk yang berwajah buruk, berambut panjang, berkuku panjang dan bertaring. Jarang sekali hantu digambarkan sebagai seorang yang cantik dan berlainan rupa. Disamping itu, kenapakah hantu selalu naik kereta buruk dan tidak pulak naik kereta mewah yang baru? contohnya hantu naik kereta hyundai veloster, hebat jugak tu..hehe. Secara keseluruhan cerpen langit nan gelap ini sangat menarik dan menghiburkan hati, disamping tidak ada unsur-unsur negatif yang boleh mendatang kan isu kepada orang ramai. Penulis sangat kreatif dalam menghasilkan karya-karya beliau. kenapakah saya berbicara sebegitu? kerana beliau menghasilkan cerita yang agak 'unexpected' dimana pengakhiran kisah ceritanya tidak lansung terlintas dikotak pemikiran si pembaca.

No comments:

Post a Comment

    Pages

    Search This Blog

Etiketler

Popular Posts

Followers